Ipoh – Empat lelaki dan tiga wanita yang sesat ketika menuruni Gunung
Bujang Melaka di Kampar, dekat sini petang tadi berjaya ditemui pukul
10 malam ini.
Mereka ialah Chan Yeen Kong (L), Yap Chong Loo (L), Ng Kee Wah (L),
Kong Sang Wah (L), Ang Ai Lean (P), Ng Sun Sun (P) dan Chai Moy (P)
berumur antara 20 tahun dan 50 tahun.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, dalam
kejadian 5.30 petang itu, kesemua mereka merupakan pendaki gunung
berasal dari Kuala Lumpur, Tapah, dan Langkap telah mendaki gunung dari
kaki bukit sekitar Sekolah Kebangsaan De La Salle Kampar ke Gunung
Bujang Melaka.
“Bagaimanapun, semasa menuruni bukit mereka dipercayai tersesat.
“Mereka ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak Bomba dan Penyelamat
Kampar di atas bukit berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.
Menurutnya, operasi itu turut dibantu oleh anggota polis bagi memastikan kesemua pendaki berjaya turun dengan selamat.
Sumber : http://www.suara.tv/2014/09/02/tujuh-pendaki-sesat-di-gunung-bujang-melaka-kampar-selamat/
Post a Comment